Thursday, 7 September 2017

7/9/2017

Masuk kerja pagi ada jemaah kena stroke.
Slurred speech.
Left facial asymmetry.
Absent gag reflex.

Hantar ke hospital King Faisal utk CT Brain.
Sambil tunggu, sempat singgah cafe tak jauh dari ED untuk minum teh dan donat.

ED dia belum sibuk lagi. Macam ED kat Malaysia jugak . Patient start datang waktu tengahari dan petang.


Tengahari tak sempat berehat. Berterusan ada kes di ED. Admit beberapa kes ke wad.

Malam ada kes Acute Cardiogenic Pulmonary Oedema.
Second time haji tu kena APO. Masa sampai madinah dulu kena MI. Dah buat PCI di King Fahd Hospital Madinah. Sepatutnya flight balik Malaysia esok. Jadi kena tunda . Beg besar dah naik lori ke Jeddah.  
Pengurus maktab dimaklumkan supaya pihak Muasassah tarik passport patient dan isteri sebab tidak jadi balik dan kena tunda hingga pt stabil.
Pukul 2 pagi baru settle kes.

Pukul 5 ada satu lagi kes kena rujuk ke hospital arab.
Jemaah umur 62 tahun kena stroke. Kena buat CT Brain.
Hantar Hosp King Abd. Aziz.

Friday, 25 August 2017

25/8/2017

Tiada morning prayer pagi ni. Bilik pakar dalam proses dihias untuk jamuan malam ni.

Ada staf bersengkang mata malam tadi menghias bilik.

Hari ni ada tambahan doktor. Dr Rohaizat, Anest di Pusat Rawatan Madinah masuk semalam. Jadi roomate.

Hari ni Jumaat. Solat Jumaat di Masjid atas bukit.
Naik lif ke tingkat 10, ada jambatan kecil menghubungkan hotel dengan bukit dibelakang hotel.
Nak ke Masjidil haram susah sebab pukul 10 laluan masuk ke masjid banyak ditutup. Dulu pernah pergi. Kena solat di kawasan parking bas. Sangat panas. Boleh kena heat exhaustion.

Lepas solat Jumaat ke kaunter Poslaju hantar barang. 
Tapak tong air besar dengan tong air kecik.
Ada jugak kurma ajwa, sedikit kacang, sejadah madinah dan perfume.


Klinik kerap dikunjungi oleh jemaah wanita yang ada masalah berkaitan menses. So, dua orang pseudo-ustazah (Dr Immi dan Dr Anisah)  jadi tempat rujukan bagi nasihat. Kalau kes-kes simple boleh terus bagi nasihat / rawatan. Tapi kalau kes kompleks kena consult Pakar O&G Dr Norizan di PRS.

Selepas Solat Maghrib ada majlis Ceramah disampaikan oleh penceramah terkenal .


Malam ni ada majlis doa selamat dan jamuan sebelum operasi Masyair.
Dari kelmarin staf buat operasi menghias bilik pakar supaya jadi ceria untuk jamuan Doa Selamat untuk Operasi Masyair tak lama lagi.

Jemputan terdiri daripada DR Faid (TKRHP), Dr Amin Sah (POM) Mekah, Hj Radzi (PPRP) , Hj Abdullah (Penyelaras Masyair) serta staf-staf PRS

Jemputan




Dr Faid dan Hj Radzi terpaksa keluar awal sebelum majlis makan bermula sebab perlu hadir mesyuarat pukul 10 malam bersama KRH.


Lepas mesyuarat TKRH dan PPRP baru dapat bersama menjamu selera. Tetamu dari RK juga dijemput makan sama. Makanan banyak yang lebih.

Wednesday, 16 August 2017

Day 19 : 16/8/2017




Morning prayer hari ni ada slot ringkas oleh Ustaz Ramli berkaitan ibadat haji.
.



Pesakit makin ramai sebab pada tahun ni beberapa pesakit transfer dari PRS ke Janad utk sambung rawatan (continuation of care).
Kelmarin ada 5 patient.
Tengahari ni ada 3 patient.
Kena buat macam ni sebab nak decongest PRS.

Makan tengahari Nasi Ayam.
Audit ISO dibuat petang ni.
Takde gambar sebab sibuk manage patient masa mereka datang buat audit.
Buat dressing untuk 2 jemaah yang ada masalah kaki - melecet dan melecur.
Seorang jemaah kakinya melecur masa di Madinah sebab selipar hilang dimasjid. Lepas tu berjalan kaki ke kedai masa tengahari. Lantai memang sangat panas masa tu.
Habis melecur kaki.


Tuesday, 15 August 2017

Day 18 : 15/8/2017


Morning prayer hari ni bersama Dr Anilah yang baru masuk ke Janad. Jadi Mem Besar Janad.


Ada jemaah yang transfer dari PRS. 
Jatuh dalam bilik air di hotel. Rusuk kanan terhantuk ke tandas dan patah 2 tulang rusuk . 
Nak bernafas sangat sakit. Bagi IV Tramadol pun tak boleh kurangkan sakit.
 Jadi kami decide utk insert Subcutaneous line untuk bagi regular subcut morphine.

Alhamdulillah lepas bagi, pain control better, selepas 8 jam, Haji tu dah boleh duduk dan berjalan ke tandas dengan lebih selesa

Peralatan untuk set subcutaneous access untuk bagi S/C morphine. Dr Zayyid yang set. 
Team Masyair sibuk membersihkan khemah-khemah di Arafah dan Mina.

Keadaan kaki jemaah yang melecur. Perlukan daily dressing dan IV antibiotik.



Dato' Syed Saleh (KRH) datang melawat klinik malam ni. 

Dato Syed Saleh sempat bertanya khabar pesakit yang dirawat di wad rehabilitasi Janad


Selepas lawatan dijamu sedikit jamuan






Dr Ali, Timbalan pengarah Hospital Seberang Jaya yang bertugas di klinik maktab 75 sedang buat ear irrigation for impacted ear wax. Dia banyak experience ENT.

Monday, 14 August 2017

Day 17 : 14/8/2017

Sahur air zamzam segelas.
Masih kenyang malam tadi makan murtabak pisang beli di Jaafariah.
Sesi stretching buat di Bilik Pakar.
Sesi morning prayer seperti biasa di bilik wad rehab perempuan yang masih kosong.
Ada 5 pesakit dalam wad. Semua lelaki. Jemaah yang ada masalah kencing manis berisiko mangalami masalah luka / melecur pada kaki kerana banyak berjalan atau berjalan diatas lantai yang panas. 

Pukul 830am ada mesyuarat Keceriaan di PRS.
Persiapan untuk lawatan oleh Dato KRH nanti.
Tarikh tak sure lagi
Ke PRS dengan ambulan sambil ambil pesakit pneumonia dari Qasr Janadriyah.
Mesyuarat di Bilik MesyuaratTingkat 6. Dr Ihsan, Matron Zarinah dan beberapa Sr dan SN PRS.
Bincang persediaan utk lawatan KRH termasuk presentation powerpoint dan multimedia.
Plan nak buat video aktiviti team RP.
Dr Ihsan berkebolehan buat video. Dia terlibat membuat video korporat Hospital Shah Alam. Siap beli drone DJI berharga beberapa ribu utk buat video tu.
Boleh la  pass over tugas buat video RP pada dia.
Sambil share ilmu buat video dengan dia. Menarik ....
Tengahari balik ke Janad.
Balik dengan ambulan Janad yg hantar pesakit
Dapur PRS diarahkan tutup sementara atas tujuan keselamatan sebab berlaku blackout di PRS semalam.
Jadi chef terpaksa guna dapur Janad untuk memasak.
Pukul 1.30 baru lunch ada.
Hari ni tak jadi puasa.
Rasa kering tekak dan rhinorrhoea sedikit serta rasa seram sejuk.
Biasanya tanda ada infection cuba masuk dan body sedang melawan.
Insya Allah esok semoga pulih .
Makan nasi lauk gulai daging. Sedaap sebab lapar..
Lepas asar, pukul 5 ada mesyuarat Ubatan untuk Masyair di PRS.
Pergi PRS naik coster pelawat ke Syisyah.
Trip dari Janad ke Qasr Janadriyah lepas tu ke Rehab Janadriyah dan hentian terakhir di Masat Albadaya.
Coster penuh. Terpaksa berdiri tepi pintu.
Pesakit sedang ramai di PRS sebab tu ramai waris kesana utk ziarah.
Mesyuarat Ubatan Masyair - bincang keperluan ubatan di Arafah dan Mina. Keperluan dilihat berdasarkan penggunaan ubatan pada tahun 2015 dan 2016 yang dijadikan panduan.
Makan malan di PRS. Lauk ayan masak lemak. Sedaap..
Balik dihantar dengan ambulan ke Janad. Disini ambulan digunakan untuk mengangkutan staf kerana kenderaan biasa terhad.
Sampai di Janad ternampak seorang jemaah lelaki berpeluh dan risau ditepi jalan masuk ke Janad.
Rupanya dia dan isteri tersasar bila nak balik ke hotel Janad.
Yang bahayanya dia melintas jalan utama yang sibuk didepan Janad. Sangat bahaya.
Terkejut bila nampak isteri pakcik tu ada diseberang jalan sana cuba melintas. Dia yang agak obese dan ada masalah sakit lutut sangat bahaya kalau cuba melintas jalan yang sibuk tu.
Lepas bagi isyarat supaya makcik tu
Supaya jangan cuba melintas, aku terus turun tangga dan melintas flyover dari bawah keseberang jalan sana.
Tangga naik sebelah sana agak sukar sebab curan dan jalan tak rata.
Lepas berjaya 'selamatkan' makcik yang terkandas di tengah jalan highway tu terus bantu dia turun tangga untuk balik ke hotel.
Sampai di area kedai2 dikawasan Janad tu suruh makcik duduk dikerusi rehat.
Lepas tu terus naik tangga sebelah Janad untuk bawak pakcik dan kerusi rodanya turun dengan lif untuk ambik makcik.
Bantu tolak makcik ke hotel dengan kerusi roda. Mereka nak terus ke bilik untuk berehat.
Alhamdulillah dapat bantu jemaah dan elakkan dari berlaku kecelakaan akibat tersesat nak balik ke hotel.
Sampai ke klinik dengan baju sedikit basah dengan peluh.
Petang tadi Dr Anilah dan beberapa jururawat dan PPK baru sampai dari PRS.
Petang tadi juga 5 pesakit transfer dari PRS untuk continuation of care.
PRS dah agak sesak dan sibuk sekarang jadi kena decongest dengan hantar keluar beberapa pesakit  dari hotel berdekatan Janad.

Sunday, 13 August 2017

Day 16 : 13/8/2017 : Mekah - Janad


Seperti biasa ada morning prayer di wad Rehab perempuan.


Hari ni ada menu special. Roti Canai. Sister dengan Musrifah berganding tenaga buat.
Memang menjadi dan sedap. Ni kalu jual di Mina gerenti laris gila. 



Salah satu masalah disini ialah banyak lalat. Entah dari mana datang lalat-lalat nih. Kalau pasang jerat pelekat macam kat bawah ni sekejap saja penuh.


Lepas habis waktu kerja, buat sesi bergambar bersama semua staf Klinik Kecemasan Janadriyah.


Lepas bergambar, ke Jaafariyah bersama staf yang free. Cari barang sikit.

Onway balik beli / belanja staf makan aiskrim.





Sempat jugak beli Murtabak pisang kat area Jaafariyah. Makan di pantri.


Saturday, 12 August 2017

Day 15 : 12/8/2017 : Mekah - Janad


19 hari lagi untuk Wukuf.

Jemaah Haji dari seluruh dunia semakin ramai. 

Dataran bas didepan Abraj Al Janadriyah makin sibuk dengan pergerakan bas keluar masuk setiap kali waktu solat.

Kebanyakan bas Jemaah dari Turki dan Pakistan.






Solat subuh di aras 2 hari ni.

Dataran Kaabah biasanya dah tak boleh masuk sejam sebelum solat bila jemaah makin ramai. 

Laluan Saie di aras 2 yang bersambung ke ruang Tawaf Aras 2


Sampai ke kawasan solat / tawaf aras dua pukul 4pagi.

Solat tahajjud, taubat, hajat dan witir sebelum azan subuh.

Selepas solat, ramai jemaah buat tawaf sunat. Padat. Niat nak gi solat dalam Hijir Ismail tak jadi. 

19 hari lagi untuk wukuf pada 31/8/2017.  Jemaah makin ramai. 


Dataran bas didepan Hotel Abraj Al-Janadriyah makin sibuk dengan bas membawa jemaah haji

Laluan ke hotel penuh dengan penjual menjual sarapan pagi selera malaysia seperti Nasi Lemak, pulut ikan goreng, laksa serts laksam. Banyak jugak penjual jubah, sejadah dan tasbih.


Tengahari lunch menu ikan goreng.
Menu makan tengahari

Menu makan malam hari ni. Sup Daging.

Hari ni Oncall.
Hj Aiyri belanja kebab utk staf malam.




Barang berharga...


Menu supper pagi nih...