Tiada morning prayer pagi ni. Bilik pakar dalam proses dihias untuk jamuan malam ni.
Ada staf bersengkang mata malam tadi menghias bilik.
Hari ni ada tambahan doktor. Dr Rohaizat, Anest di Pusat Rawatan Madinah masuk semalam. Jadi roomate.
Hari ni Jumaat. Solat Jumaat di Masjid atas bukit.
Naik lif ke tingkat 10, ada jambatan kecil menghubungkan hotel dengan bukit dibelakang hotel.
Nak ke Masjidil haram susah sebab pukul 10 laluan masuk ke masjid banyak ditutup. Dulu pernah pergi. Kena solat di kawasan parking bas. Sangat panas. Boleh kena heat exhaustion.

Lepas solat Jumaat ke kaunter Poslaju hantar barang.
Tapak tong air besar dengan tong air kecik.
Ada jugak kurma ajwa, sedikit kacang, sejadah madinah dan perfume.
Ada jugak kurma ajwa, sedikit kacang, sejadah madinah dan perfume.
Klinik kerap dikunjungi oleh jemaah wanita yang ada masalah berkaitan menses. So, dua orang pseudo-ustazah (Dr Immi dan Dr Anisah) jadi tempat rujukan bagi nasihat. Kalau kes-kes simple boleh terus bagi nasihat / rawatan. Tapi kalau kes kompleks kena consult Pakar O&G Dr Norizan di PRS.
Selepas Solat Maghrib ada majlis Ceramah disampaikan oleh penceramah terkenal .
Malam ni ada majlis doa selamat dan jamuan sebelum operasi Masyair.
Dari kelmarin staf buat operasi menghias bilik pakar supaya jadi ceria untuk jamuan Doa Selamat untuk Operasi Masyair tak lama lagi.
Jemputan terdiri daripada DR Faid (TKRHP), Dr Amin Sah (POM) Mekah, Hj Radzi (PPRP) , Hj Abdullah (Penyelaras Masyair) serta staf-staf PRS
Jemputan |
Dr Faid dan Hj Radzi terpaksa keluar awal sebelum majlis makan bermula sebab perlu hadir mesyuarat pukul 10 malam bersama KRH.
Lepas mesyuarat TKRH dan PPRP baru dapat bersama menjamu selera. Tetamu dari RK juga dijemput makan sama. Makanan banyak yang lebih.
No comments:
Post a Comment