Selamat tiba di lapangan terbang Madinah pukul 10pagi.
8 daripada 10 orang RP yang sampai. 2 orang terpaksa naik flight seterusnya sebab masalh visa. Semoga Allah dipermudahkan urusan mereka |
Tu kapalterbang yang kami naik.
|
Sebaik tiba kami terus ke tempat Imigresen. Pada masa sama ada jemaah haji daripada Indonesia juga sampai. Alhamdulillah banyak kaunter dibuka. Dan jemaah dari negara berlainan diasingkan urusan Imigresen.
Kami yang last selesai urusan Imigresen. Bagi semua Jemaah selesaikan dulu. Kebanyakan jemaah sihat.
Keluar saja dari terminal, terus ke kaunter telco Zain. Atas nasihat Dr Sapawi, lebik baik terus beli simkad diairport sebab ditempat lain mungkin kena beratur sebab jemaah dah makin ramai.
Beli satu simkad untuk call 30SR ada kredit 25SR. Lepas tu mintak dia topup 130SR untuk dapat 10GB data yang valid untuk 3 bulan. Pengalaman tahun lepas line Zain agak stabil dan better coverage.
Hanya 2 RP saja yang visa Beksah. So kami berdua naik ambulan balik ke Pusat Rawatan TH Al Jeffry (PRS)
Sampai di PRS terus ke bilik.
Tengahari tu ramai petugas sibuk mengirim barang balik ke tanahair.
Ada juga urusan untuk pos air zamzam oleh Koperasi Tabung Haji (KTH). RM127 untuk 10 liter. Akan dihantar terus ke rumah dalam masa 5 hari.
Beli 2 liter untuk hantar kerumah, 1 liter untuk Cik.
Pukul 10 malam selepas waktu bertugas naik van ke Masjid Nabawi.
Alhamdulillah dapat lagi menziarahi Rasulullah.
Berpeluang solat di Raudhah. Jemaah masih belum ramai sebab bukan peak time lagi. Tapi seperti biasa keadaan bersesak di kawasan Raudhah.
Pihak keselamatan masjid akan buat barrier disekeliling Raudhah dan hanya membenarkan jemaah masuk setiap 10 ke 15 minit sekali untuk mengelakkan jemaah duduk terlalu lama disitu. Satu kaedah yang baik dan menyenangkan jemaah.
Balik berjalan kaki dengan beberapa RP lain sebab mereka nak beli simkad kalau ada kedai dilaluan balik.
Kalu ni balik guna laluan yang melalui terowong bawah tanah (lupa nak ambil gambar)
Ambil masa dalam 25 minit jugak nak sampai ke PRS.
Malangnya takde kedai jual simkad sebab laluan belakang ni tak banyak kedai.
No comments:
Post a Comment