Monday, 7 August 2017

Day 10: 7/8/2017 : Mekah : Janad

Sahur tamar ajwa 3 biji dengan air mineral. Nak puasa sunat isnin hari ni.

Ke masjid pukul 350.  Subuh masuk 435am.  Kira lewat ni. Kalau jemaah dah ramai, laluan ke dataran kaabah akan ditutup awal.

Alhamdulillah boleh masuk ke dataran tawaf.
Sempat tawaf 2 round sebelum berhenti solat tahajjud dan hajat di kawasan depan hijir Ismail.

Memang area ni tempat paling lengang bila hampir masuk waktu solat (dalam 30minit sebelum azan) sebab masa ni Pengawal akan mula mintak jemaah wanita keluar dari kawasan tawaf.
Mereka akan rentangkan tali dikawasan bucu kaabah yang selepas bucu (juga dinamakan rukun) Hajarul Aswad. Iaitu kawasan depan sikit selepas Maqam Ibrahim. Jadi jemaah wanita yg dikira dah complete pusingan tawaf akan diminta keluar ke kawasan belakang sebab waktu solat dah dekat.

Jadi bila jemaah dikeluarkan disini, kawasan didepan pancuran emas jadi lebih lengang.

Jadi antara tempat yang ada ruang bila hampir waktu solat adalah disini.

Kalau nak solat fardhu menghadap Multazam agak mencabar sikit sebab area ni betul betul kawasan dimana jemaah baru habiskan pusingan tawaf. Jadi disini agak sesak.

Tapi kalau nak juga solat fardhu disini, kena ikut jemaah tawaf dan bila saf dah mula dibuat dikawasan ini kita kena terus join buat saf.
Biasanya 20 minit sebelum azan. Jadi kena berdiri agak lama untuk maintain saf disamping kena tahan kerenah jemaah yang masih tawaf yg bermacam-macam.

Bila dah makin hampir azan (dalam 10 ke 15 minit ) saf dah makin banyak dibuat.
Kalau cuba solat sunat disini (kawasan depan dimana jemaah masih lagi bertawaf) kemungkinan besar kepala kita kena langkah dan kadang2 dilanggar. Tak kusyuk nak solat.

Jadi kalau nak solat sunat dengan lebih aman bila hampir waktu solat fardhu, lakukannya dikawasan bertentangan pancuran emas.

Lepas solat subuh, habiskan tawaf.

Lepas tu ke kawasan Extension King Fahd sebab ada mission untuk ambil gambar klinik yang ada di situ diaras satu.

Sebenarnya di Masjidil Haram ada 2 buah klinik untuk merawat jemaah yang jatuh sakit. Haram Medical Center 1 terletak di aras satu antara pintu 84 dan 88.

Haram Medical Center 2 terletak di kawasan Saie lower ground dikawasan pintu Babus Salam.

Kalau ada jemaah sakit akan dibawa disini. Kemudian jika perlu akan dihantar ke Hospital Ajyad yang terletak di dalam Hotel Safwah.

Lepas dah siap ambil gambar terus balik ke bilik. Nak masuk kerja pukul 7 pagi.

Seperti biasa ada morning prayer (briefing) bersama staf Janad.

Pesakit belum ramai.

Hari ni oncall.

Satu kes kes admit for pneumonia with bronchospasm.
Responding dengan treatment.
Admit observation ward.

No comments:

Post a Comment