Friday, 4 August 2017

Day 6: 3/8/2017 Mekah - PRS


Puasa sunat khamis hari ni. 

Seperti biasa pukul 7 pagi ada morning prayer di surau aras 6.


Ada kes dirujuk dari Klinik Abraj Janad. Pesakit tergelincir dibilik air dan kaki kanan terhantuk di bucu simen. Mengadu sakit sangat dan bengkak dengan cepat. Xray takde fracture.
Clinically ada hematoma causing compartment syndrome. Kena buat incision untuk release pressure.

Selepas incision dan blood clot evacuation. Dibuat oleh Dr Iqbal. Under sedation + ankle block.

Pukul 1 tengahari pegawai dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi datang ke Pusat Rawatan TH Syisyah untuk pemeriksaan Tasrih untuk mendapat kelulusan untuk beroperasi sebagai sebuah pusat rawatan pesakit.

Selepas Maghrib ada majlis Solat hajat dan bacaan yassin di surau. Ramai petugas ada sebab ada ramai RP yang baru sampai dari  Malaysia dan dari Madinah. Selepas majlis ada pergerakan staf keluar dari PRS ke klinik2.

Penutup majlis dengan gulai kibas. 5 ekor yang disponsor oleh staf yang berniat buat akikah dan tahlil. Lupa nak ambil gambar staf beratur ambik makanan. 

Bersama PPF Anuar, pernah kerja bersama di Klinik Kesihatan Gunung Besout, Sungkai, Perak pada tahun 1999.

No comments:

Post a Comment