Saturday, 5 August 2017

Day 8: 5/8/2017 : Mekah - Janad

Ke Masjidil Haram pukul 330pagi. Azan pertama pukul 334pagi. Biasanya sejam sebelum masuk waktu subuh akan dilaungkan azan.

Seperti kelmarin terus buat tawaf sunat beberapa round dulu. Berhenti untuk solat sunat di kawasan mengadap Hijir Ismail di pusingan ke 5. 15 minit lagi nak azan sambung balik tawaf sambil cari ruang untuk join saf solat dikawasan mengadap multazam. 

Berhenti di pusingan ke6 dan join saf solat. Masa ni ramai lagi masih meneruskan tawaf. Jadi tak boleh buat solat sunat. Tak kusyuk sebab orang asyik langkah kepala kita. So berdiri sambil tunggu azan tak lama lagi.

Bila azan habis baru boleh solat sunat subuh sebab dah tak ramai yg tawaf dah.

Menunggu Iqamah solat subuh.


Selesai solat subuh, sambung tawaf round ke 6. Kena berundur sikit untuk pastikan pusingan sempurna. 

Lepas habis 7 pusingan tawaf, terus ke dalam Hijir Ismail untuk solat sunat.
Alhamdulillah, tak sesak sangat dalam tu.  
Advantage masuk ke Hijir Ismail 10 ke 15 minit selepas habis solat adalah kebanyakan jemaah tengah tawaf dan jemaah yang masuk ke Hijir Ismail betul-betul selepas solat dah mula keluar dari situ. Jadi dalam Hijir Ismail tak sesak sangat.

Bila masuk ke Hijir Ismail terus ke hujung berhampiran pintu sebelah hujung yang dikawal pengawal masjid. 
Alhamdulillah boleh solat dengan selesa. Hampir 20 minit dapat solat dan berdoa disitu. Memang niat nak keluar dan bagi ruang kepada jemaah lain kalau suasana dah makin sesak. Tapi alhamdulillah takde jemaah lain yang sedang tunggu atau cari ruang masa tu. 
Kebanyakan jemaah yang tak biasa akan terus solat dikawasan pintu masuk
 Sebab tu kawasan pintu masuk agak sesak. Memang tak sesuai / selesa solat disitu. Kena masuk kedalam sampai ke hujung baru kurang sesak.

Habis solat terus ke rak  selipar di kawasan saie. Memang selalu tinggal selipar disini sebab strategik bila nak keluar. Kalau nal tinggal selipar di rak, pastikan letak dalam uncang kasut khas kita. Lebih elok ada nama kita dengan jelas. Elakkan dari tinggalkan selipas tanpa uncang kasut atau cuma guna plastik selipar masjid sebab mudah bertukar dengan jemaah lain
Uncang kasut memang penting bila ke masjid.

Bila ke masjil haram (dan masjid nabawi), benda yang penting dibawa adalah - uncang kasut atau beg kecil untuk simpan kasut, plastik selipar, stokin (dipakai sebaik masuk ke masjid sebab lantai masjid sejuk kaki mudah merekah).

No comments:

Post a Comment