Bangun pukul 3 pagi. Masuk subuh pukul 4.34pagi . Ke Masjidil Haram untuk solat subuh. Dekat je dalam sekilo meter saja.
Laluan paling cepat untuk masuk ke dataran Kaabah dari hotel Abraj Janadriyah adalah masuk melalui pintu Babus Salam di aras Lower Ground ditengah2 laluan Saie antara Safa & Marwah.
Eskalator turun ke pintu Babus Salam
Pintu masuk Babus Salam. Selepas masuk pintu ini jalan melintasi jemaah yang sedang saie. Kemudian terus kelaluan kiri
Akan sampai ke laluan terus ke Kaabah
Ada tempat ambil wuduk untuk lelaki disebelah kanan laluan tu.
Pagi ni masuk ke dataran Kaabah terus buat tawaf sunat 3 pusingan. Kemudian berhenti dikawasan mengadap Hijir Ismail untuk solat sunat Tahajud, Taubat dan hajat. Lepas tu sambung tawaf sampai pusingan kelima. Cukup pusingam kelima terus berhenti di depan pintu Kaabah dan join jemaah yang mula buat saf solat. Beberapa minit kemudian azan. Sebelum azan kalau solat disini tak kusyuk sebab jemaah masih lagi sibuk melakukan tawaf. Ada yg akan langkah kepala kita. Kalau solat sunat selepas azan ok sikit sebab kebanyakan jemaah akan solat sunat subuh. Jadi tak ramai yang lalu lalang buat tawaf.
Selepas solat Subuh, teruskan tawaf ke 6 sampai imam takbir utk solat jenazah.
Lepas tu habiskan tawaf ketujuh.
Selesai tawaf, terus ke Hijir Ismail untuk solat sunat. Di Masjidil Haram tiada waktu haram untuk solat. Jadi boleh buat solat sunat pada bila bila masa.
Panoramik view jalan balik ke Janad
First day bertugas di Klinik Kecemasan Abraj Janadriyyah.
Ramai muka-muka lama kat Janad.
Dr Immi, MA Hazmizi, MA Shahrul, SN Aida dan SN Azliani.
Patuh - Fud Ali, Sami
Mohammad al Yamani yang suka menyapu bawah kaki orang pun ada.
"Shueh, shueh" ayat ni belum keluar lagi dari Mohammad.
Pet kegemaran iaitu lalat macam biasa tak putus putus melawat klinik.
Belum start main badminton lagi neh. Yang tak tahan dia duk hurung kat muka. Geli wei..
Sabor jela....
Pandangan Masjidil Haram dari pantri klinik.
Nasi goreng Musrifah,
Perjalanan balik nampak ramai orang beratur. Ingatkan nak naik bas. Rupanya ada pemberian nasi dan air percuma.
No comments:
Post a Comment