Tuesday, 1 August 2017

Day 4: 1 Ogos 2017. Mekah


Hari Pertama di Bumi Mekah

Tiba di Pusat Rawatan TH Syisyah Al Mubarak (PRS) pada pukul 3 pagi
Tn Hj Abdullah turun di Hotel Abraj AlJanadriyyah manakala kami ke PRS.

Sakit tengkuk jugak perjalanan 6 jam dari Madinah ke Mekah ni sebab seat kereta Camry ni macam tak berapa ergonomic untuk tidur masa perjalanan jauh.

Di PRS Hj Wahidi (Ketua Penyelia PRS) bagi bilik untuk kami dan mengaturkan kenderaan untuk ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah

Selepas letak semua beg dan barang dibilik,  terus ke Masjidil Haram bersama Dr Sapawi.
Turun di Hotel Abraj Janadriyyah.

Suasana ke masjid masih lengang. Maklumlah jemaah belum ramai

Mula buat tawaf pukul 340 pagi. Dalam 10 minit je.

Kemudian selepas solat sunat tawaf terus ke Safa untuk lakukan Saie. Ada masa lebih kurang 25 minit je lagi sebelum azan Subuh.

Hanya sempat habiskan 6 pusingan Saie.  Kena habiskan pusingan ketujuh selepas solat subuh.

Selepas solat subuh dan habiskan Saie, terus keluar melalui Marwah ke kedai gunting.
15 riyal untuk botakkan kepala.

No comments:

Post a Comment