Sunday, 25 September 2016

Mina Day 3 - 12 Zulhijjah (14/9/16)


8pagi. Jemaah yang jatuh sakit kritikal akan dirawat sebaik mungkin menggunakan peralatan yang ada.  Portable ultrasound dan portable ETCO2 membantu perawatan.


1245 petang. Selepas solat zohor, takbir dilaungkan beramai-ramai.  


1 tengahari. Makan tengahari. Kari daging. Ikan goreng. Rasa macam ikan patin.

230petang. Merawat pesakit. 

Pesakit / jemaah yang mempunyai sejarah masalah jantung akan dilakukan pemeriksaan portable ultrasound untuk menilai fungsi jantung supaya rawatan yang lebih selamat dapat diberikan.

9malam. Pukul 730 tadi ke PRS menghantar pesakit. Kemudian diberitahu ada seorang jemaah tersasar daripada melakukan lontaran jamrah. Tersesat sampai ke PRS. Jauh jugak tu. Dari cerita haji tu, dia kata alhamdulillah berjumpa dengan penduduk tempatan yang boleh berbahasa melayu. Dibawa kerumahnya untuk berehat dan diberi makan. Kemudian dihantar dengan motorsikal ke PRS. Jadi kami ambil amanah untuk menghantar haji ni balik ke khemahnya di Mina.




Mina Day 2 - 11 Zulhijjah (13/9/16)


6pagi. Jemaah yang memerlukan rujukan ke Pusat Rawatan Syisyah atau dirujuk ke Hospital Arab akan dihantar dengan ambulan


6 petang. Hj Abdullah & Hj Radzi sedang memberikan taklimat kepada Pasukan Peronda  Perubatan Mina Muassim

8pagi. Merawat jemaah keletihan dan demam. Badan basah kuyup sebab dimandikan dengan penyembur air untuk menyejukkan badan dengan cepat.


 7.30 malam. Makan malam beramai-ramai. 


8malam.  Keluar melontar Jamrah dalam kumpulan. Petugas dipecahkan kepada 2 kumpulan. Bergilir-gilir untuk keluar melontar.


1pagi. Pekena Maggi. Lapar sebab tadi berjalan 7km untuk melontar Jamrah. 


Tuesday, 13 September 2016

Mina Day 1 - 10 Zulhijjah (12/9/16)

Bertolak dari Muzdalifah pukul 6pagi dengan bas terakhir yang mengangkut saki baki jemaah dan petugas yang masih ada di Muzdalifah, termasuk petugas warga asing yang mengawal pergerakan jemaah.
Kami turun di kawasan perkhemahan maktab2 Jemaah Malaysia. Lepas tu berjalan kaki dalam 400 meter ke khemah  Klinik Kecemasan Mina bersebelahan khemah Ibupejabat TH.
Selepas sampai ke khemah penginapan, terus tidur. Kena qada tidur sebab semalaman tak tidur.
Pukul 1015 bangun sebab nak pergi melontar utk 10 Zulhijjah.


Ambil batu untuk melontar yang dikutip oleh team Masyair. Satu baldi batu tu...

Pemandangan jalan didepan klinik. Jemaah dari asia tenggara berpusu2 ke jamrah untuk melontar.  Pukul 1030 ni panas kalau keluar melontar. Kena bawak payung dan spray air. Sangat penting untuk elakkan heat exhaustion

Perjalanan ke jamrah

Askar Arab Saudi mengawal kawasan melontar. 


Team Peronda Perubatan teenage discuss berkenaan locks dan persiapan untuk membantu jemaah yang selalunya kepenatan apabila keluar melontar Jamrah



8malam.  Alhamdulillah dapat merasa makan juadah Malaysai.  Ketupat cicah kari daging masakan Chef PR Syisyah.  Sedap dan lembut ketupatnya.

1030malam. Beberapa jemaah yang dirawat di Klinik Kecemasan Mina. Kebanyakannya keletihan setelah keluar melontar di Jamrah. Lebih memenatkan jika kena demam, selsema, batuk dan tak selera makan. 



11 malam. Rawatan kepada pesakit diberikan secara berterusan agar cepat sembuh. Rawatan utama disini adalah Evaporative cooling menggunakan penyembur air,  memasukkan air garam galian (normal saline), antibiotik jika perlu dan berehat @ tidur. 

Monday, 12 September 2016

Muzdalifah

Tahun ni join team Muzdalifah. Tugasan - manage jemaah yg ada masalah perubatan disana.

Tahun ni bas pertama jemaah sampai ke Muzdalifah pukul 730 malam. Bas terakhir pukul 6pagi.  Kami bergerak dari arafah ke Muzdalifah pukul 330 petang. Masih panas lagi masa tu.

Sunday, 11 September 2016

11/9/2016 -Hari. Wukuf

Tempat ambil wuduk & Tandas di Arafah
 
 
Khemah untuk tidur petugas - Doktor. Ramai lagi belum sampai 

Dr Sapawi sedang review patient.siap ada photographer amik gambar

Tempat admin Rombongan Perubatan.

Panoramik view khemah kecemasan

Ruang minum dan makan petugas

Lunch - Ayam masak merah

Bersama Dr Sapawi dan Dr Norazlina (EP Ampang)

Air mineral simpan dalam ice box supaya petugas dapat minum air yg sejuk

Tempat farmasi dispense ubat.

Hj Abdullah sedang beri taklimat kepada team Muzdalifah 

Dr Jalil & Dr Nazarudin beri taklimat kepada team muzdalifah