Bertolak dari Muzdalifah pukul 6pagi dengan bas terakhir yang mengangkut saki baki jemaah dan petugas yang masih ada di Muzdalifah, termasuk petugas warga asing yang mengawal pergerakan jemaah.
Kami turun di kawasan perkhemahan maktab2 Jemaah Malaysia. Lepas tu berjalan kaki dalam 400 meter ke khemah Klinik Kecemasan Mina bersebelahan khemah Ibupejabat TH.
Selepas sampai ke khemah penginapan, terus tidur. Kena qada tidur sebab semalaman tak tidur.
Pukul 1015 bangun sebab nak pergi melontar utk 10 Zulhijjah.
Ambil batu untuk melontar yang dikutip oleh team Masyair. Satu baldi batu tu...
Pemandangan jalan didepan klinik. Jemaah dari asia tenggara berpusu2 ke jamrah untuk melontar. Pukul 1030 ni panas kalau keluar melontar. Kena bawak payung dan spray air. Sangat penting untuk elakkan heat exhaustion
Perjalanan ke jamrah
Askar Arab Saudi mengawal kawasan melontar.
Team Peronda Perubatan teenage discuss berkenaan locks dan persiapan untuk membantu jemaah yang selalunya kepenatan apabila keluar melontar Jamrah
8malam. Alhamdulillah dapat merasa makan juadah Malaysai. Ketupat cicah kari daging masakan Chef PR Syisyah. Sedap dan lembut ketupatnya.
1030malam. Beberapa jemaah yang dirawat di Klinik Kecemasan Mina. Kebanyakannya keletihan setelah keluar melontar di Jamrah. Lebih memenatkan jika kena demam, selsema, batuk dan tak selera makan.
11 malam. Rawatan kepada pesakit diberikan secara berterusan agar cepat sembuh. Rawatan utama disini adalah Evaporative cooling menggunakan penyembur air, memasukkan air garam galian (normal saline), antibiotik jika perlu dan berehat @ tidur.
No comments:
Post a Comment