8pagi. Jemaah yang jatuh sakit kritikal akan dirawat sebaik mungkin menggunakan peralatan yang ada. Portable ultrasound dan portable ETCO2 membantu perawatan.
1245 petang. Selepas solat zohor, takbir dilaungkan beramai-ramai.
1 tengahari. Makan tengahari. Kari daging. Ikan goreng. Rasa macam ikan patin.
Pesakit / jemaah yang mempunyai sejarah masalah jantung akan dilakukan pemeriksaan portable ultrasound untuk menilai fungsi jantung supaya rawatan yang lebih selamat dapat diberikan.
9malam. Pukul 730 tadi ke PRS menghantar pesakit. Kemudian diberitahu ada seorang jemaah tersasar daripada melakukan lontaran jamrah. Tersesat sampai ke PRS. Jauh jugak tu. Dari cerita haji tu, dia kata alhamdulillah berjumpa dengan penduduk tempatan yang boleh berbahasa melayu. Dibawa kerumahnya untuk berehat dan diberi makan. Kemudian dihantar dengan motorsikal ke PRS. Jadi kami ambil amanah untuk menghantar haji ni balik ke khemahnya di Mina.