Wednesday, 31 August 2016
Day 31 - 31 Ogos 2016
Tuesday, 30 August 2016
Day 29
Subuh ada kes MI with APO
Hantar ke hospital arab
Tengahari present Heat Related Illness di PRS
malam ada meeting High Risk Jemaah. Kriteria utk pilih jemaah ada masalah kesihatan.
Balik meeting tengok kes hyperthermia most likely due to viral fever with overexertion.
Day 27
Lepas solat subuh tido sekejap.
Tau2 terbabas terjaga pukul 7pagi.
Cepat2 bangun dan bersiap turun.
Dah mandi sebelum solat subuh.
Ada 6 admission hari ni. Tiba2 meriah setelah slow je beberapa hari.
Tak macam tahun lepas.
Tahun lepas memang klinik sibuk dan banyak admission.
Mungkin jemaah tak ramai yang uzur.
Ada lawatan oleh POM Mekah, Dr Shaffari.
Dia ambil peluang ambil gambar utk masukkan dlm presentation
Malam 10 malam ada lawatan ke Arafah Mina dan Jamrah
Sampai bilik pukul 1230malam.
Sunday, 28 August 2016
Day 28
Patient dah makin ramai.
Tapi tak sesibuk tahun lepas.
Ada kes kena hantar ke Hospital Arab sebab symptomatic anaemia. Hb 7.6je.
Repeat disana 6.5
Tengahari ada CME Cardiac Arrythmia oleh Dr Sapawi.
Lepas tu jumpa Dr Shaffari POM Mekah utk bagi sedikit content slide utk presentation sebab KRH nak datang melawat.
Balik dengan Bas pelawat yg bawak jemaah dari hotel maktab.
Tuesday, 23 August 2016
Day 25
Movempik telah tutup
Mekah 10000
246 petugas RP.
5 LAGI BELUM SAMPAI
Statistik
176 alharam
817 kedatangan
399 chest disease
50 % chest disease
Inpatient 21+9 di TH hosp.
4 berada di Madinah
5 di hospital arab
Kumulatif 132 pt + 16 hosp arab.
Lepas Asar TKRH maklum ada jemaah dilaporkan meninggal di Marwah. Minta buat 2 team utk retrieve jenazah.
1 team ke Hospital Ajyad
2nd team ke Marwah dan klinik masjidilharam jika jenazah belum dibawa keluar.
Team 1 ke Hospital Ajyad. Pergi bersama MA dan Pak Taufik (PATUH).
Sampai di Hospital Ajyad dimaklumakan tiada jemaah Malaysia dibawa kesana.
Stafnya mintak kita call nombor kecemasan Arab Saudi utk tanya.
Solat Maghrib dalam bangunan Safwa Tower di laluan pejalan kaki je. Cuma alas tempat sujud guna kantung selipar.
Lepas tu dapat panggilan daripada Dr Sapawi jemaah tu berada di klinik kecemasan masjidilharam.
Dr Zayyid team 2 sampai kesana dan maklumkan TKRH dah sampai.
Jenazah diuruskan untuk dibawa ke Pusat Rawatan Syisyab untuk proses pengurusan jenazah oleh pihak Muasassah.
Kami susah nak ke Marwah dari Safwa tower sebab jemaah sedang berpusu-pusu keluar dari masjidilharam. Kami pulak melawan arus.
TKRH dan anggota lain bawa jenazah menggunakan stretcher ambulan utk bawa jenazah ke ambulan malaysia yg menunggu di kawasan menurunkan penumpang berdekatan kedai gunting area Marwah.
Lepas selesai, terus balik ke hotel.
Nak makan. Tadi buka puasa 3 biji tamar di Safwa tower. Tamar yg standby dalam beg ambil kat bilik tadi.
Saturday, 20 August 2016
Day 20
Makluman daripada Ketua Penyelia, Hj Isa Kasim, 6 Zulhijjah adalah tarikh akhir kena hantar semua pesakit yang dirawat di Janad ke PRS.
Plan untuk dr pakar Psikiatri review.LEpas review hantar ke PRS
Friday, 19 August 2016
Day 19
ada beberapa masalah perubatan,
tak cukup tidur dan rehat semasa berada di Arafah dan Muzdalifah,
tidak berselera makan minum,
demam dan jangkitan kuman (terutama saluran pernafasan),
Terlalu memaksa diri melakukan ibadah melontar walaupun tidak sihat / mampu daripada segi kesihatan.
Thursday, 18 August 2016
Day 18
Jemaah sekarang di Mekah 5411 orang.
Di Janad 1472, Land premium 1656, Rehab Janad 942
Wednesday, 17 August 2016
Tuesday, 16 August 2016
Day 16 - 16/8/16 (Nice number !) Mekah
Wad Pemulihan (recovery) masih belum guna lagi. Cuma guna observation wad - 2 katil lelaki dan 2 katil perempuan.
Kebanyakan jemaah yang admit akan banyak tidur. Keletihan. Suasana di wad memang sesuai untuk pesakit berehat dan tidur. Mungkin dalam bilik yang mempunyai 7 orang penghuni agak bising dan crowded. Lampu pun kami tutup sebahagiannya supaya bilik sedikit suram.
Solat pesakit dijaga. Kalau tak mampu ke bilik air, staf (biasanya jururawat) akan membantu pesakit ambil wuduk guna spray air.
Monday, 15 August 2016
Day 15 - 15/8 Mekah
Puasa sunat hari ni. Isnin
Ada satu kes Hypertensive urgency with acute pulmonary oedema.
Dalam buku rekod rawatsn jemaah haji tiada rekod berkenaan masalah buah pinggang.
Keputusan ujian darah hari ini menunjukkan jemaah tersebut memang ada masalah buah pinggang yang lama. Ujian darah Renal function test tidak dicatat dalam buku rekod kesihatan jemaah. (Sengaja,?)
Kemungkinan jemaah (dan mungkin doktor yang mengesahkan status kesihatan jemaah ) tidak jujur dalam memberitahu masalah buah pinggang beliau.
Apabila ditanya lebih lanjut jemaah mengakui memang ada masalah buah pinggang dan follow up dengan Nephro. Dialisis dalam perancangan.
Advanced kidney disease (CKD) stage IV.
Kalau ikut kriteria sepatutnya tak lulus untuk mengerjakan ibadah haji atas sebab kesihatan.
Ini kerana situasi sepanjang berada disini sangat berisiko untuk menyebabkan keadaan buah pinggang semakin merosot dan memerlukan dialisis.
Cuacanya yang panas, jangkitan kuman diparu2 (pneumomia), keletihan sebab dehydration, heat exhaustion dan tidak selera makan ( makanan catering pihak arab saudi jauh berbeza dengan selera kita).
Cabaran yang paling sukar kepada kesihatan jemaah yang ada banyak masalah perubatan adalah semasa wukuf diarafah dan bermabit diMina.
Cuaca yang panas. Khemah yang sesak.
Dialisis hanya boleh dibuat dihospital Arab Saudi.
Pusat rawatan kita tiada kemudahan dialisis.
Buat dialisis disini bukan pengalaman yang menyeronokkan untuk jemaah. Masalah bahasa, logistik dan lain- lain akan menambahkan stress kepada jemaah. Jauh berbeza dengan keadaan jika masuk wad di Malaysia.
Sunday, 14 August 2016
Day 14 - 14/8/16 Mekah
Sesi Taaruf bersama Pakar YM. Dr Sapawi sampai dari PR Syisyah semalam.
Roomate untuk tahun kedua. Bilik yang sama. Siling bilik air masih bocor macam tahun lepas.
Tengahari menu gulai ayam.
Dinner - kari daging.
Alhamdulillah setakat ni selera masih normal.
Lagipun masakan dimasak oleh Chef Malaysia. Memang perisa malaysia. Cuma spageti ganti mee dan makaroni ganti kueteow
Saturday, 13 August 2016
Day 13 - 13/8/2016 Mekah
Breakfast nasi goreng dan roti canai.
Roti canai ni consider as makanan exotic sebab susah nak jumpa yg kena dengan selera orang kita.
Roti canai buatan arab tak sama dengan roti canai malaysia yang gebu lemak dan sedikit garing.
Pukul 10 ada jemaah datang dirujuk sebab sakit dada.
Kena Unstable Angina.
Tak sempat rehat tengahari.
Akhirnya jemaah tadi rujuk ke Hospital Arab Saudi.
4 jam untuk urusan pemeriksaan dan rujukan sebelum masuk wad.
Sampai hotel pukul 8pm ada majlis tahlil disurau.
Dinner gulai kibas
Friday, 12 August 2016
Day 12 - 12/8/2016 Mekah
Solat subuh di Masjidil Haram.
Hari ni Jumaat biasanya jemaah ramai sebab cuti am disini. Ramai ambil kesempatan buat umrah.
Pukul 930am buat sesi Taaruf untuk staf Klinik Kecemasan Al Janadriyah.
Solat jumaat di Masjidil Haram sebab jemaah belum masuk ke hotel. Jemaah KT1 dijangka sampai pukul 2 petang ni.
Bila dah ada jemaah, solat Jumaat di masjid atas bukit dibelakang hotel.
Selepas solat jumaat, makan nasi briyani ayam di dewan makan.
Thursday, 11 August 2016
Day 11 - 11/8/2016 Mekah
Tuesday, 9 August 2016
Day 10 - 10/8/2016 Mekah
Monday, 8 August 2016
Day 9 - 9/8/2016 Mekah
Turun di hotel Abraj Janadriyah yg juga ibupejabat Tabung Haji. Berjalan kaki dalam 900meter ke masjid.
Alhamdulillah selepas minum air zamzam, kurang sikit sakit kaki semasa saie walaupun jumlah jaraknya hampir 3.5km.
Day 8 - 8/8/16 Madinah / Mekah
Onway balik beli kurma Ajwa jual ditepi jalan. 25riyal sekilo yg dah siap pack.
Tiap kali makan ada sambal lada tapi tak pedas langsung.
Interesting topik sebab dah ada 4 jemaah develop acute confusional state. Predisposed by travel exertion, jet lag, sleep deprivation, possible dehydration dan heat exhaustion (semasa tunggu bas). Jadi multifactorial.
Solat Zohor di Masjid Nabawi. Ziarah Wida selepas tu. Alhamdulillah dapat menziarahi maqam Rasulullah lagi tahun ini. Insya Allah semoga di jemput lagi kesini untuk bertemu kekasih Allah.
Haha memang tak habis makan la.
Depa bagi bagikan nasi dan lauk kepada staf lelaki untul habiskan