Friday, 19 August 2016

Day 19

Pagi present CME "Heat Related Illness" kepada staf klinik termasuk staf klinik maktab.


Berdasarkan operasi Masyair tahun lepas, banyak jemaah dapat heat related illness terutama heat exhaustion.
Beberapa faktor jadi penyebab selain daripada cuaca yang panas. Antaranya : jemaah uzur,
ada beberapa masalah perubatan,
tak cukup tidur dan rehat semasa berada di Arafah dan Muzdalifah,
tidak berselera makan minum,
demam dan jangkitan kuman (terutama saluran pernafasan),
Terlalu memaksa diri melakukan ibadah melontar walaupun tidak sihat / mampu daripada segi kesihatan.

Solat Jumaat di Masjidilharam selepas habis waktu bertugas pukul 1130pagi. Zohor masuk pukul 1225tengahari. 

Jemaah semakin banyak. Bas yang bawak jemaah pun semakin banyak parking. 




Jemaah berpusu-pusu keluar selepas solat Jumaat.



No comments:

Post a Comment