Tuesday, 2 August 2016

Day 2 - 2/8/2016 - Mekah







POM (Dr Shaffari) memberikan taklimat kepada petugas yang baru sampai.

Tugas pertama hari ni adalah berehat.

Ya la baru sampai dan baru habis buat umrah. Rehat dulu.

Pukul 11 ke kedai runcit di depan PRS beli 2 simkad. 1 untuk call. 1 untuk internet.
Simkad Zain untuk call hard 50riyal. Ada credit 25SR.
Simkad Zain internet 150riyal. Ada 10 gigabit data untuk 3 bulan.
Memang kena ada internet sebab dihotel wifi tak reliable atau tak disediakan. Komunikasi memang banyak guna whatsapp.

Hari ini dijadualkan bergerak ke Madinah.
Buat tawaf wada' selepas solat Asar
Alhamdulillah, cuaca mendung masa solat asar dan selepasnya. Memang selesa dan tak panas.

Balik dari tawaf wada' beg-beg kami bersiap naik bas ke Madinah.
Singgah ke hotel Abraj Janad untuk mengambil beberapa orang petugas RP.

Perjalanan ke Madinah ambil masa 6-8 jam.

Singgah solat jamak Maghrib dan isyak di R&R.

Makan Nasi ayam panggang. Nasi basmati. Ayam dia sebelah. Sepinggan harga 15 riyal. Boleh makan 2-3 orang berkongsi.
Beli kuih kunafa ? sebiji.  Sedap ada rasa susu lemak.







No comments:

Post a Comment