Tuesday, 16 August 2016

Day 16 - 16/8/16 (Nice number !) Mekah

Klinik belum sibuk lagi sebab jemaah baru 1/5 masuk ke hotel.

Wad Pemulihan (recovery) masih belum guna lagi. Cuma guna observation wad - 2 katil lelaki dan 2 katil perempuan.
Kebanyakan jemaah yang admit akan banyak tidur. Keletihan.   Suasana di wad memang sesuai untuk pesakit berehat dan tidur. Mungkin dalam bilik yang mempunyai 7 orang penghuni agak bising dan crowded.  Lampu pun kami tutup sebahagiannya supaya bilik sedikit suram.
Solat pesakit dijaga. Kalau tak mampu ke bilik air, staf (biasanya jururawat) akan membantu pesakit ambil wuduk guna spray air.


No comments:

Post a Comment