Monday, 8 August 2016

Day 8 - 8/8/16 Madinah / Mekah

Solat subuh di Masjid Nabawi.
Onway balik beli kurma Ajwa jual ditepi jalan. 25riyal sekilo yg dah siap pack.
Breakfast nasi lemak pagi ni. Baru ada sambal yg pedas sikit.
Tiap kali makan ada sambal lada tapi tak pedas langsung.
Pukul 700am ada taklimat harian oleh POM diikuti oleh CME oleh Dr Maryam (psikiatris). Tajuk - Delerium.
Interesting topik sebab dah ada 4 jemaah develop acute confusional state. Predisposed by travel exertion, jet lag, sleep deprivation, possible dehydration dan heat exhaustion (semasa tunggu bas). Jadi multifactorial.
Dalam wad ada 3 patient.
Pukul 1030 taklimat oleh POM untuk petugas yg akan bergerak ke Mekah.
Lepas  tu pergi beli kacang pistacio dan gajus utk pos ke rumah di kedai seberang jalan dan final packing barang untuk letak beg besar untuk diisi dalam bas.

Solat Zohor di Masjid Nabawi. Ziarah Wida selepas tu. Alhamdulillah dapat menziarahi maqam Rasulullah lagi tahun ini. Insya Allah semoga di jemput lagi kesini untuk bertemu kekasih Allah.
Balik ke PRM untuk mandi solat sunat ihram dan pakai ihram. 
Bas dah sampai. 3 orang PATUH (Pembantu petugas haj) tolong menyusun beg2 kedalam bas. Tengah panas terik masa tu. Sebagai menghargai bantuan mereka, kenalah belanja mereka segelas jus avokado sorang. Beli untuk diri sendiri jugak satu. 
Mmmm lemak berkrim jus avokado kat sini. Memang terbaik. 
Bas ke hotel Alharam untuk ambil 10 orang staf Rombongan Kebajikan (RK).











Bertolak ke masjid Bir Ali pukul 3pm.
Singgah di miqat di masjid Bir Ali untuk solat sunat dan solat Asar dan berniat ihram umrah.




Perkarangan Masjid Bir Ali

Kedai-kedai diluar Masjid Bir Ali



Bas berhenti untuk solat jamak Maghrib dan Isyak di AlZain 140km lagi ke Mekah.
Kami makan nasi ayam panggang. Satu pinggan 15riyal. Boleh makan dua orang. Nasi ikan goreng 3 ekor digoreng rangup.
Stail nasi kat sini takde kuah atau sayur. Ada limau sepotong dan lada besar sebiji.
Air botol dalam botol kaca. Kat malaysia takde dah air macam ni.





Makan kat luar restoran lebih sejuk dan selesa. Sepinggan boleh makan kongsi berdua..

Staff perempuan tak tahu dan beli sorang satu nasi ayam panggang.
Haha memang tak habis makan la.
Depa bagi bagikan nasi dan lauk kepada staf lelaki untul habiskan


Lepas makan, teruskan perjalanan 2 jam lagi ke Pusat Rawatan Syisyah (PRS) di hotel AlMubarak Syisyah.
Terlewat sikit sebab jalan masuk tengak dikorek dan bas tak boleh lalu. 






Selepas sampai kami diberikan bilik masing masing dan supper roti cicah sup daging. 
Tak makan sebab masih kenyang. Seluar pun dah makin ketat sebenarnya hehe. 



No comments:

Post a Comment